Nabiha Mashut
Nabiha Mashut

Nabiha Mashut

Nabiha Mohd Mashut (نبيها محمد مشاوت, Nabiha Mashut, lahir pada 30 Oktober 1989) ialah seorang pereka fesyen muslimah[1], penulis dan pengkarya di Malaysia. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan berasal daripada daerah Kota Tinggi, Johor. Mula menulis sejak usia 16 tahun atas dorongan gurunya, Mohd Kasim Mahmud dan keluarga. Memilik latar belakang pengajian dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat, namun minatnya pada seni, rekaan dan budaya sangat mendalam telah mendorongnya menjalankan pengajian diperingkat PhD dalam Seni Lukis & Seni Reka (Fesyen) di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau merupakan pengasas Marhuna Apparel, Malaysia[2] yang aktif mereka fesyen hijab dan aksesori muslimah.